Ehemm...ini cara orang kaya berdehem, jap lagi gua pun nak kene berdehem macam tue gak. Kalau tengok gua punya cimb atau maybank2u korang mesti tak percaya yang gua akan berdehem macam orang kaya, sebab dalam akaun gua tue ada beberapa ringgit jer, tapi nanti kalau gua dah berjaya rompak bank kat tepi rumah gua tue, masa tue baru la korang boleh dengan berdehem orang kaya yang sebenar.
Gua ada buat credit card, layak untuk RM6K beserta buku cek, korang mesti boleh agak berapa diaorang bayar gaji gua sebagai penulis nie kan? Yang mahal pada gua bukan credit card tue, tapi buku cek tue, gua memang sejak lahir lagi tak pernah ada buku cek, yang jadi lebih isu sekarang nie, gua punya sign pun tunggang langgang, maka adakah bank akan meluluskan cek gua tue nanti...emmm hanya orang bank yang tau. Kutu macam gua nie layak cucuk kad atm tengok baki semasa jer.
Kalau takder aral melintang dan menegak maka hari nie gua nak pergi cimb kg baru, nak ambik lagi 1 buku cek. Berkat simpanan beberapa ringgit bini gua yang tak pandai nak saving tue, adalah sket2 dia berjaya saving, gua rasa area 50K la kot, so dia dah setuju nak hadiahkan gua duit 50K tue sebagai hadiah hari bapa yang baru jer lepas. Lepas nie boleh la gua berbelanja sakan dengan buku cek gua, nanti gua nak bayar duit aiskrim kat apek naik basikal kat kg gua pakai cek, biar padan muka apek tue...hahahha
DAmn
0 comments:
Post a Comment