Gua tak lah layan sangat AF nie, tapi hari minggu gua tidak lagi diserikan dengan EPL, kalau ada pun liga super yang gah pada namanya sahaja dan juga sponsornya, maka gua layankan juga lah AF9 konsert finale. Dalam banyak2 part dalam konsert finale kali ini, part Ray dan Haniff adalah yang paling best sekali...macam sial lawak diaorang nie, lebih lawak dari kumpulan sepah.
Result
1. Hazama
2. Lena
3. Fina
4. Azri
Pada gua tak adil finale pada kali ini, Hazama dan Azri memang telah berada pada level mereka sendiri, jadi AF kali nie gua nampak pertandingan 2 penjuru antara Lena dan Fina untuk rebut tempat kedua, juara dah tentu Hazama dan Azri memang awal2 lagi dah tau dia memang just mengisi slot terakhir untuk finale kali ini.
Gua tengok hadiah juara sampai RM200K, perrghhhh gua ingat start besok, gua nak mula jaga suara laa. Minum air suam, tak makan pedas2, mana tau kot2 astro buat kejutan untuk adakan AF10 ker, sempat lagi gua nak try pergi audition, AF nie kan penuh dengan kejutan, hehehh
Gua tengok hadiah untuk pertandingan Mentor pun boleh tahan gak lumayannya...ini yang gua mula menanam hasrat untuk menjadi artis, nak jadi penulis macam brader2 yang lain tue memang gua takder bakat, dapat jadi pelakon tambahan pun kira OK gak laa heheh
Gua dengar mari menari dah nak start, nampaknya tahun depan la giliran gua, tapi bagus juga, sempat lagi kalau gua dan bini gua nak ambik kelas dengan Linda Jasmine,,,
DAmn
0 comments:
Post a Comment