Mat Moto Yang Tak Bersyukur

Thursday, June 23, 2011

Petang semalam bini gua yang berkancil merah eksiden dengan mat motor, melihat pada kondisi binatang peliharaan tersebut gua boleh bayangkan moto mamat tue macam mana, tapi menurut bini gua moto tue tak boleh nak gerak, tersadai tepi jalan. Bini gua bawak budak tue pergi klinik dan bayar caj rawatan RM65.

DAmn...

Potong kt garisan berkembar, sah2 mat motor tue yang salah, dah anta pergi klinik kira bagus la tue lagi nak bayar duit klinik mat motor tue lagi.

Tak cukup lagi, malam tadi dia call minta bini gua bayar plak, apa ker bangang mat moto nie, dah sah2 dia langgar kancil bini gua dah tentu2 dia salah, tambah lagi dia langgar tue sebab dia nak pintas kancil bini gua kat double line, masuk court tak payah bawak lawyer pun bole menang la.

Citer banyak takder, mat moto tue nak cuba nasib, dia ajak pergi balai, bini gua fetch gua kat umah yang tengah struggle nak tidokan anak, terus pergi balai sebelah umah dan buat report. Pung pang 2-3 kali siap buat report gua terus pergi sg besi jupa Tuan Sarjan. Tapi bini gua yang jer yg bole masuk, gua stendet la, duk luar jaga anak2 dari kene gigit nyamuk.

Tuan Sarjan tue cakap, bini gua tak salah, tapi dia kene tunggu mat moto tue sampai dulu, then baru boleh decide siapa salah, tapi kalau ikut kata Tuan Sarjan tue memang terang lagi bersuluh yang mat moto tue salah. Gua dah minta bini gua slow talk ngan mat moto tue, buat report nie membazir jer, gua dah tak minta dia bayar pun dah patut bersyukur. Nie dia lagi nak bazir saman RM300 bagi kat polis, mungkin sebab bapak mertua dia polis, jadi takder hal la kot setakat RM300 tue, nanti kaw tim ngan pegawai kat sana boleh dapat diskaun RM10 la kot, gua pun tak sure. Tapi orang malaysia memang macam nie, suka ambik kesempatan atas cable2 yang ada, sebab tue ramai gak yang mati kene karen sebab nak curi kabel...hahahha

DAmn

Buku Cek

Tuesday, June 21, 2011

Ehemm...ini cara orang kaya berdehem, jap lagi gua pun nak kene berdehem macam tue gak. Kalau tengok gua punya cimb atau maybank2u korang mesti tak percaya yang gua akan berdehem macam orang kaya, sebab dalam akaun gua tue ada beberapa ringgit jer, tapi nanti kalau gua dah berjaya rompak bank kat tepi rumah gua tue, masa tue baru la korang boleh dengan berdehem orang kaya yang sebenar.

Gua ada buat credit card, layak untuk RM6K beserta buku cek, korang mesti boleh agak berapa diaorang bayar gaji gua sebagai penulis nie kan? Yang mahal pada gua bukan credit card tue, tapi buku cek tue, gua memang sejak lahir lagi tak pernah ada buku cek, yang jadi lebih isu sekarang nie, gua punya sign pun tunggang langgang, maka adakah bank akan meluluskan cek gua tue nanti...emmm hanya orang bank yang tau. Kutu macam gua nie layak cucuk kad atm tengok baki semasa jer.

Kalau takder aral melintang dan menegak maka hari nie gua nak pergi cimb kg baru, nak ambik lagi 1 buku cek. Berkat simpanan beberapa ringgit bini gua yang tak pandai nak saving tue, adalah sket2 dia berjaya saving, gua rasa area 50K la kot, so dia dah setuju nak hadiahkan gua duit 50K tue sebagai hadiah hari bapa yang baru jer lepas. Lepas nie boleh la gua berbelanja sakan dengan buku cek gua, nanti gua nak bayar duit aiskrim kat apek naik basikal kat kg gua pakai cek, biar padan muka apek tue...hahahha

DAmn

Berniaga Pasar Malam

Wednesday, June 15, 2011

Gua dah agak lama tidak ke pasar malam berikutan masalah anak gua yang akan terduduk dan tidak mampu berjalan sambil menangis apabila berhadapan dengan gerai2 yang menjual permainan. Maka kalau pergi pasar malam pun lazimnya gua dan anak2 akan duduk melepak dalam kereta sambil tengok awek2 balik dari pasar malam, justeru secara tidak langsung tugas untuk membeli belah di pasar malam akan jatuh ke tangan bini gua la.

Gua ingat nak cari duit tambah dalam RM200 1 hari, jadi kalau 1 bulan gua kerja untuk duit tambah selama 20 hari gua boleh dapat extra RM4K, woOoow ini percaturan yang hebat. Dapat gua kembali membeli rokok RM10 per pack. Jadi lepas gua tengok diaorang bisnes pasar malam nie nampak macam hebat, maka gua ingat gua nak start riki2 macam mana nak start bisnes pasar malam nie, gua rasa susah gak nak join komuniti diaorang nie. Tapi kalau dah dapat, 1 KL nie punya pasar malam gua boleh bisnes, hehehh

Tapi apa yang gua nak jual ek...DAmn

3 Dara Pingitan

Monday, June 13, 2011

Malam nie gua lepak untuk sekian kalinya dengan 3 dara pingitan. Sambil2 borak dan fikir masalah yang tak selesai nie gua pun dah mula mengantuk. "Bila lah lu orang nak balik nie?" bisik hati gua. Gua ada anak bini nak kene handle kat rumah nie, lu orang bertiga masih dara pingitan.

Gua memang kene balik, tapi tetap nak tunggu lu orang gak sebab gua malas nak jalan sorang2. Lagi pun sempoerna gua pun dah kehabisan stok.

DAmn

AF9

Gua tak lah layan sangat AF nie, tapi hari minggu gua tidak lagi diserikan dengan EPL, kalau ada pun liga super yang gah pada namanya sahaja dan juga sponsornya, maka gua layankan juga lah AF9 konsert finale. Dalam banyak2 part dalam konsert finale kali ini, part Ray dan Haniff adalah yang paling best sekali...macam sial lawak diaorang nie, lebih lawak dari kumpulan sepah.

Result
1. Hazama
2. Lena
3. Fina
4. Azri

Pada gua tak adil finale pada kali ini, Hazama dan Azri memang telah berada pada level mereka sendiri, jadi AF kali nie gua nampak pertandingan 2 penjuru antara Lena dan Fina untuk rebut tempat kedua, juara dah tentu Hazama dan Azri memang awal2 lagi dah tau dia memang just mengisi slot terakhir untuk finale kali ini.

Gua tengok hadiah juara sampai RM200K, perrghhhh gua ingat start besok, gua nak mula jaga suara laa. Minum air suam, tak makan pedas2, mana tau kot2 astro buat kejutan untuk adakan AF10 ker, sempat lagi gua nak try pergi audition, AF nie kan penuh dengan kejutan, hehehh

Gua tengok hadiah untuk pertandingan Mentor pun boleh tahan gak lumayannya...ini yang gua mula menanam hasrat untuk menjadi artis, nak jadi penulis macam brader2 yang lain tue memang gua takder bakat, dapat jadi pelakon tambahan pun kira OK gak laa heheh

Gua dengar mari menari dah nak start, nampaknya tahun depan la giliran gua, tapi bagus juga, sempat lagi kalau gua dan bini gua nak ambik kelas dengan Linda Jasmine,,, 

DAmn

Kanser

Sunday, June 12, 2011

Sepupu tiri gua disahkan mengidap kanser, justeru atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan maka gua telah melepakkan diri di PPUM untuk melawat sepupu tiri gua nie. Gua tak pergi sorang, sedara2 gua yang lain pun turut menghadirkan diri. Memasing sebenarnya baru di maklumkan walaupun sepupu tiri gua nie rupanya dan dekat 2 bulan tak masuk kerja sebab dia masuk hospital.

Yang paling gua kesian ialah, sedara2 gua nie tak datang serentak, bila family gua datang, maka sepupu gua pun story la apa yang telah beliau lalui, story punya story sampai penat dah dia story, tetiba datang segerombolan sedara gua yang lain, maka sepupu tiri gua nie terpaksa story dari mula balik, perghhhh penat oOOo, lantas gua angkat kaki dari wad dan lepak kat luar layan view kat hospital.

Yang sakit gua doakan semoga cepat sembuh, yang sihat macam gua nie belum tentu akan terus sihat. "kene kurangkan merokok nie" bisik hati kecil gua, maka hari ini gua tekad untuk tidak merokok, esok insyaAllah gua start balik...

DAmn

Berfikir Yang Banyak

Friday, June 10, 2011

Gua nie bukan lah hebat sangat, tapi banyak benda yang gua terpaksa fikir dalam 1 masa dan semua yang gua fikir memerlukan gua fokus tahan gaban punya. Tapi dalam banyak2 yang gua kene fikir tue, gua dapat settle 1 benda jer...hehehh yang lain gua cuma tolong fikir jer tapi tiada solution. Budak2 lain yang gaji lebih besar dari gua kene lah pikir lebih sket, barulah berbaloi gaji diaorang dengan apa yang diaorang pikir. Gua gaji takat2 lepas duit rokok jer pikir sket2 dah la, nanti krem plak otak gua langsung tak boleh nak pikir. Gua bukan ada duit nak beli insuran untuk otak gua.

DAmn

Tertinggal...DAmn

Thursday, June 9, 2011

Gua nie seorang yang sangat busy, mungkin lebih busy dari Menteri hatta Perdana Menteri, kenapa gua cakap macam tue, sebab kadang2 gua kerja sampai 72 jam tanpa tido, kalau setakat 24 - 30 jam tak tido tue dah biasa sangat. Apa? Gaji? korang kiralah sendiri berapa gaji gua kalu dah overtime macam tue punya banyak, weekend pun gua kerja oOOo...

Company gua kerja nie tak support untuk overtime derr...

Oleh kerana terlalu busy, kelmarin balik dari GST gua lupa nak angkut gua punya pengecas telefon (charger), semalam sebelah petang gua dengan confident seluk poket beg gua tapi dalam tue ada pengecas telefon gua yang lain, DAmn, sebagai orang yang sangat busy, gua tak dapat nak terima keadaan ini, gua seharusnya lebih cekap dan fokus pada setiap tindakan gua.

Lepas jer gua submit blog nie, gua nak terus pergi GST dan angkut semua masalah yang timbul kat sana.

Kumpul Duit

Tuesday, June 7, 2011

Sabtu lepas tengah gua busy tetiba handphone coOL gua berdering. Ciss terganggu fokus gua. Sekali gua jeling nampak nama adik gua naik, "nak kene tiaw la la budak nie" bisik hati gua. Bila gua amati suara tue btol2 rupanya suara mak gua, "Waalaikumsalam, kenap mak?" jawab gua dengan sopan.

Mak gua pun story sket condition kat rumah tue sekarang nie, abang2 gua sume pun balik kampung minggu tue, kiranya family gua jer la yang takder, "ciss terlepas menu istimewa" bisik hati gua. Lazimnya bila family gua complete mak gua akan masak best2, tapi kali nie tak tau laaa.

Rupenya mak gua nak ajak gua pergi jalan2 kat oversea sambil beribadah kat Mekah, buat umrah. "Orang on jer mak" jawab gua tegas. Mendengar jawapan gua, nada suara mak gua pun berubah menjadi hepi semacam jer, mungkin abang2 gua semua dah zero killed (OK) maka mendengar perkhabaran dari gua yang +ve nie mungkin tercapai la hajat mak gua.

Maka sebab tue gua letak tajuk "Kumpul Duit" sebab gua bukan ada duit saving pun, dapat simpan sket2 pun jadilah, cukup RM300 lepas la gua nak buat passport...heheh...

Bini gua dia bole simpan sendiri...Yeahhh

Gua Stayback

Walaupun gua memang dah selalu stayback, tapi stayback kali nie agak rare sket...gua stayback sorang2 kat tempat yang gua tak berapa biasa sebenarnya...

Tempat yang agak bersepah.
Cahaya yang sentiasa terang.
Kalau duduk dalam nie, tak sedar pun hari siang atau malam...nasib baik handphone coOL gua ada jam.

Lu org nak tau?
KDRM

PENGAJARAN

Gua nampak orang susah merempat tepi jalan, tidur beralaskan kotak dan berbumbungkan bumbung bus stop. Keluarga entah kemana, kerja pun takder, hidup pun meminta2. Jadi gua rasa diaorang nie mesti takder awek. Bila melihat kehidupan mamat2 nie membuatkan gua rasa sangat bersyukur dengan kehidupan gua sekarang.

Bila kita rasa susah, ada orang lain yang lebih susah dari kita. Maka belajarlah bersyukur dengan apa yang ada

Bila kita derma RM1 pada orang miskin, ada orang lain yang derma RM0.50, malah yang tak menderma pun langsung pun ada, maka... KEPALA HOTAK KORANG

Bila kita sembahyang sekian2 waktu...malas la gua nak tarbiyah lu orang mcmnie

DAmn

Shopping Pantas

Saturday, June 4, 2011

Pagi nie gua sangat cergas dan cerdas, buka2 mata jer matahari dah terik. Gua hayun selimut dari atas badan dan terus capai handphone gua yang coOoll. DAmn dah pukul 9.30pagi. Anak2 gua dah berguling2 kat luar sana menikmati pagi hari sabtu. "sebelum pukul 10pagi abang nak kita semua dah bersiap sedia untuk pergi shopping" arahan yang keras tetiba muncul dari mulut gua yang belum gosok gigi lagi. Bini gua tanpa banyak cakap terus capai anak gua yang sulung dan terus ke bilik mandi, (pung pang)2X siap, giliran yang kecik lak menyusul (pung pang)2X siap, giliran bini gua lak mandi, dengan gaya ala2 tentera gua pakaikan anak gua baju ben10 kegemaran anak gua yang sulung dan yang kecik gua pakaikan baju lubang2 jer...biar berangin sket. Anak2 gua dah siapkan, kini giliran gua mandi telah tiba.

Pung pang
Pung pang

10.05minit pagi gua selesai mandi, terus capai baju dan serta merta gua ready nak pergi shopping

Memandangkan anak2 gua alergi melihat mainan, maka gua dan anak2 gua stay dalam kereta jer la. Bini gua yang ditugaskan untuk shopping bergegas keluar dari kereta. "Abang kene ada kat ofis sebelum pukul 11.30pagi" spontan ayat warning tue keluar dari mulut gua sambil bini gua memberi isyarat zero killed (OK) dengan jarinya.

5minit sebelum pukul 11, kelibat bini gua dengan sebuah troli yang agak2 nak penuh. "Boleh tahan pantas bini gua shopping" terdetik hati kecil gua. "Awak beli apa jer?" tanya gua spontan..."Abang tengok la" jawab bini gua dengan sopan.

Pampers
Susu
Air mineral
Sabun serbuk
Sabun mandi
Ubat gigi
Pringles
Nestum
Roti
Coklat
Biskut
Vitagen
Beras
Ikan
Sayur
Ayam
Daging
Sotong
Baju anak gua yang kecik 2pasang 
Buah Laici ---> ini confirm memang gua punya
dan yang paling gua tak boleh tahan, dia sempat gak rembat mainan untuk anak gua yang sulung. DAmn

"Dia memang pantas" hati kecil gua terpaksa mengakui kehebatan bini gua membeli belah. Gua rasa kurang dari 20 minit...

Roland Garros & Online Radio

Friday, June 3, 2011

Gua masih lagi sedang struggle bekerja, ini dah kali ke 2 gua try install OS dalam server IBM dan budak cina sorang kat sini dah try install 1 kali tapi masih gagal. Aura putus asa dah mula menular di sanubari gua. "semi final Roland Garros malam nie" hati gua terdetik. Lantas gua google perkataan Roland Garros dan double click 1st row yang En Google display untuk gua...yeahhh berjaya! 

Gua dapat layan semi final Nadal vs Murray through online radio. 

Lepas game nie Federer turun lawan Djokovic, gua harap kali nie Federer boleh bungkus Djokovic straight set. Biar dia kenal erti kekalahan di tahun 2011

1 Kontena Tayar

Petang nie gua lepak kat Kastam Diraja Malaysia, dalam perjalanan nak masuk ke kastam, perjalanan gua telah di blok oleh ribuan tayar2 yang baru di angkut turun dari sebuah kontena yang bakal masuk stor kastam...perrgh terdetik dalam hati gua, ini kalau gua dapat rembat 4 biji boleh gua tukar tayar kereta bini gua. Hehehh hati jahat gua mula berkata2.

Meniti laluan di celahan tayar tersebut, baru gua teringat yang bini gua pakai Kancil 660 jer...tayar2 kat sini bukan untuk golongan orang bawahan macam gua dan bini gua...kalau gua tak silap untuk lori2 besar jer

DAmn

Kasut Coklat & Selipar Barai

Thursday, June 2, 2011

Pagi nie gua nak pergi kerja gua rasa lain macam sket, gua cuba pastikan untuk nampak kacak luar biasa sket dari hari2 biasa...dalam kepala gua, sampai kat kereta power gua nanti, gua nak lap sket kasut coklat gua tue dengan tisu yang gua kebas dari mamak malam tadi...woOoww

Tapi 1 perkara yang gua tak puas hati, bila gua bawak kereta power tue, gua mesti kene pakai selipar gua yang dah barai tue...cisss rasa tak confident jer gua nak ambik lap kalau pakai kasut coklat tue...DAmn

Pagi Yang CO0ooL

Wednesday, June 1, 2011

Hari pertama bulan Jun yang cool, gua bangun awal standby nak pergi esplanade Bukit Jalil. Tiada tekanan sebab gua memang dah tau budak cina tue mesti sampai dekat2 nak pukul 10. Semalam lagi gua dah tau yang gaji gua bulan nie dah masuk, yeahhh! duit gaji bulan lepas ada lagi RM17 nie gua ingat nak belanja budak2 cina tue minum nanti, baru nampak sket yang gua nie keje swasta...bukan macam budak2 gomen yang berkira sangat pasal 2-3 ringgit nie.

Dengan semangat, pukul 9.30pagi gua dah panaskan kerusi mamak10 kat esplanade tue...dapat sempoerna 2 batang dan milo ais gua dengan sabar belek2 handphone sambil usha notebook gua kat sebelah, takut2 ada budak dadah nak rembat ker, gua mana tau, ini bukan area gua lepak. Ermm budak2 cina nie pun dah macam Melayu gak, pukul 10 lebih baru sampai...yeahhh masa yang gua tunggu2 telah tiba..."Sean...order la air" gua jemput budak cina tue minum dengan cool. Sesekali gua jeling mamak(bangla) tue tulis harga air kat kertas. Baru gua sedar, air milo ais gua RM1.90 jer...memang cool harga air nie. Dapat jer barang yang gua nak dari budak cina tue...dengan cool gua cakap, "takper2, I bayar" dan dengan sedikit bongkak gua terus blah pergi kaunter dan budak2 cina tue hilang dari pandangan gua

Si Bugih dan Si Lamho

Ini gua bagi intro baik punya pasal bugihlamho...jangan banyak cerita, buka minda tolong kasi paham.
Bugih ialah lelaki
Lamho ialah perempuan

Lepas nie jangan sibuk nak tanya apa itu bugihlamho