Mat Moto Yang Tak Bersyukur

Thursday, June 23, 2011

Petang semalam bini gua yang berkancil merah eksiden dengan mat motor, melihat pada kondisi binatang peliharaan tersebut gua boleh bayangkan moto mamat tue macam mana, tapi menurut bini gua moto tue tak boleh nak gerak, tersadai tepi jalan. Bini gua bawak budak tue pergi klinik dan bayar caj rawatan RM65.

DAmn...

Potong kt garisan berkembar, sah2 mat motor tue yang salah, dah anta pergi klinik kira bagus la tue lagi nak bayar duit klinik mat motor tue lagi.

Tak cukup lagi, malam tadi dia call minta bini gua bayar plak, apa ker bangang mat moto nie, dah sah2 dia langgar kancil bini gua dah tentu2 dia salah, tambah lagi dia langgar tue sebab dia nak pintas kancil bini gua kat double line, masuk court tak payah bawak lawyer pun bole menang la.

Citer banyak takder, mat moto tue nak cuba nasib, dia ajak pergi balai, bini gua fetch gua kat umah yang tengah struggle nak tidokan anak, terus pergi balai sebelah umah dan buat report. Pung pang 2-3 kali siap buat report gua terus pergi sg besi jupa Tuan Sarjan. Tapi bini gua yang jer yg bole masuk, gua stendet la, duk luar jaga anak2 dari kene gigit nyamuk.

Tuan Sarjan tue cakap, bini gua tak salah, tapi dia kene tunggu mat moto tue sampai dulu, then baru boleh decide siapa salah, tapi kalau ikut kata Tuan Sarjan tue memang terang lagi bersuluh yang mat moto tue salah. Gua dah minta bini gua slow talk ngan mat moto tue, buat report nie membazir jer, gua dah tak minta dia bayar pun dah patut bersyukur. Nie dia lagi nak bazir saman RM300 bagi kat polis, mungkin sebab bapak mertua dia polis, jadi takder hal la kot setakat RM300 tue, nanti kaw tim ngan pegawai kat sana boleh dapat diskaun RM10 la kot, gua pun tak sure. Tapi orang malaysia memang macam nie, suka ambik kesempatan atas cable2 yang ada, sebab tue ramai gak yang mati kene karen sebab nak curi kabel...hahahha

DAmn

Buku Cek

Tuesday, June 21, 2011

Ehemm...ini cara orang kaya berdehem, jap lagi gua pun nak kene berdehem macam tue gak. Kalau tengok gua punya cimb atau maybank2u korang mesti tak percaya yang gua akan berdehem macam orang kaya, sebab dalam akaun gua tue ada beberapa ringgit jer, tapi nanti kalau gua dah berjaya rompak bank kat tepi rumah gua tue, masa tue baru la korang boleh dengan berdehem orang kaya yang sebenar.

Gua ada buat credit card, layak untuk RM6K beserta buku cek, korang mesti boleh agak berapa diaorang bayar gaji gua sebagai penulis nie kan? Yang mahal pada gua bukan credit card tue, tapi buku cek tue, gua memang sejak lahir lagi tak pernah ada buku cek, yang jadi lebih isu sekarang nie, gua punya sign pun tunggang langgang, maka adakah bank akan meluluskan cek gua tue nanti...emmm hanya orang bank yang tau. Kutu macam gua nie layak cucuk kad atm tengok baki semasa jer.

Kalau takder aral melintang dan menegak maka hari nie gua nak pergi cimb kg baru, nak ambik lagi 1 buku cek. Berkat simpanan beberapa ringgit bini gua yang tak pandai nak saving tue, adalah sket2 dia berjaya saving, gua rasa area 50K la kot, so dia dah setuju nak hadiahkan gua duit 50K tue sebagai hadiah hari bapa yang baru jer lepas. Lepas nie boleh la gua berbelanja sakan dengan buku cek gua, nanti gua nak bayar duit aiskrim kat apek naik basikal kat kg gua pakai cek, biar padan muka apek tue...hahahha

DAmn

Berniaga Pasar Malam

Wednesday, June 15, 2011

Gua dah agak lama tidak ke pasar malam berikutan masalah anak gua yang akan terduduk dan tidak mampu berjalan sambil menangis apabila berhadapan dengan gerai2 yang menjual permainan. Maka kalau pergi pasar malam pun lazimnya gua dan anak2 akan duduk melepak dalam kereta sambil tengok awek2 balik dari pasar malam, justeru secara tidak langsung tugas untuk membeli belah di pasar malam akan jatuh ke tangan bini gua la.

Gua ingat nak cari duit tambah dalam RM200 1 hari, jadi kalau 1 bulan gua kerja untuk duit tambah selama 20 hari gua boleh dapat extra RM4K, woOoow ini percaturan yang hebat. Dapat gua kembali membeli rokok RM10 per pack. Jadi lepas gua tengok diaorang bisnes pasar malam nie nampak macam hebat, maka gua ingat gua nak start riki2 macam mana nak start bisnes pasar malam nie, gua rasa susah gak nak join komuniti diaorang nie. Tapi kalau dah dapat, 1 KL nie punya pasar malam gua boleh bisnes, hehehh

Tapi apa yang gua nak jual ek...DAmn

3 Dara Pingitan

Monday, June 13, 2011

Malam nie gua lepak untuk sekian kalinya dengan 3 dara pingitan. Sambil2 borak dan fikir masalah yang tak selesai nie gua pun dah mula mengantuk. "Bila lah lu orang nak balik nie?" bisik hati gua. Gua ada anak bini nak kene handle kat rumah nie, lu orang bertiga masih dara pingitan.

Gua memang kene balik, tapi tetap nak tunggu lu orang gak sebab gua malas nak jalan sorang2. Lagi pun sempoerna gua pun dah kehabisan stok.

DAmn

AF9

Gua tak lah layan sangat AF nie, tapi hari minggu gua tidak lagi diserikan dengan EPL, kalau ada pun liga super yang gah pada namanya sahaja dan juga sponsornya, maka gua layankan juga lah AF9 konsert finale. Dalam banyak2 part dalam konsert finale kali ini, part Ray dan Haniff adalah yang paling best sekali...macam sial lawak diaorang nie, lebih lawak dari kumpulan sepah.

Result
1. Hazama
2. Lena
3. Fina
4. Azri

Pada gua tak adil finale pada kali ini, Hazama dan Azri memang telah berada pada level mereka sendiri, jadi AF kali nie gua nampak pertandingan 2 penjuru antara Lena dan Fina untuk rebut tempat kedua, juara dah tentu Hazama dan Azri memang awal2 lagi dah tau dia memang just mengisi slot terakhir untuk finale kali ini.

Gua tengok hadiah juara sampai RM200K, perrghhhh gua ingat start besok, gua nak mula jaga suara laa. Minum air suam, tak makan pedas2, mana tau kot2 astro buat kejutan untuk adakan AF10 ker, sempat lagi gua nak try pergi audition, AF nie kan penuh dengan kejutan, hehehh

Gua tengok hadiah untuk pertandingan Mentor pun boleh tahan gak lumayannya...ini yang gua mula menanam hasrat untuk menjadi artis, nak jadi penulis macam brader2 yang lain tue memang gua takder bakat, dapat jadi pelakon tambahan pun kira OK gak laa heheh

Gua dengar mari menari dah nak start, nampaknya tahun depan la giliran gua, tapi bagus juga, sempat lagi kalau gua dan bini gua nak ambik kelas dengan Linda Jasmine,,, 

DAmn

Kanser

Sunday, June 12, 2011

Sepupu tiri gua disahkan mengidap kanser, justeru atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan maka gua telah melepakkan diri di PPUM untuk melawat sepupu tiri gua nie. Gua tak pergi sorang, sedara2 gua yang lain pun turut menghadirkan diri. Memasing sebenarnya baru di maklumkan walaupun sepupu tiri gua nie rupanya dan dekat 2 bulan tak masuk kerja sebab dia masuk hospital.

Yang paling gua kesian ialah, sedara2 gua nie tak datang serentak, bila family gua datang, maka sepupu gua pun story la apa yang telah beliau lalui, story punya story sampai penat dah dia story, tetiba datang segerombolan sedara gua yang lain, maka sepupu tiri gua nie terpaksa story dari mula balik, perghhhh penat oOOo, lantas gua angkat kaki dari wad dan lepak kat luar layan view kat hospital.

Yang sakit gua doakan semoga cepat sembuh, yang sihat macam gua nie belum tentu akan terus sihat. "kene kurangkan merokok nie" bisik hati kecil gua, maka hari ini gua tekad untuk tidak merokok, esok insyaAllah gua start balik...

DAmn

Berfikir Yang Banyak

Friday, June 10, 2011

Gua nie bukan lah hebat sangat, tapi banyak benda yang gua terpaksa fikir dalam 1 masa dan semua yang gua fikir memerlukan gua fokus tahan gaban punya. Tapi dalam banyak2 yang gua kene fikir tue, gua dapat settle 1 benda jer...hehehh yang lain gua cuma tolong fikir jer tapi tiada solution. Budak2 lain yang gaji lebih besar dari gua kene lah pikir lebih sket, barulah berbaloi gaji diaorang dengan apa yang diaorang pikir. Gua gaji takat2 lepas duit rokok jer pikir sket2 dah la, nanti krem plak otak gua langsung tak boleh nak pikir. Gua bukan ada duit nak beli insuran untuk otak gua.

DAmn